Membawang Hari Ini

“Ungku Hariz Mampu Sara Saya” – Jihan Muse

KUALA LUMPUR: Hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelawak dan pengacara Jihan Muse menolak pandangan segelintir pihak kononnya dia terpaksa menanggung kehidupan suami yang juga pelakon, Ungku Hariz.

Tegas Jihan, 34, orang luar tidak layak mempersoalkan kemampuan Ungku Hariz untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami melainkan dirinya sendiri.

“Sehingga hari ini kami tak ada masalah. Soal nafkah juga tiada masalah, makan, minum, pakai semua cukup.

“Apa yang patut dia beri semua tak ada masalah. Ungku Hariz mampu sara Jihan,” katanya memetik sumber mStar Online.

Jihan atau Nur Jihan Musa ditemui selepas majlis pelancaran program bual bicara Jihan Show kendaliannya yang akan ditayangkan di Astro Warna bermula 2 Mac ini.

Terdahulu Jihan dan Ungku Hariz Faizal, 32, mendirikan rumah tangga pada 20 Mac tahun lalu.

Ujarnya dia juga tidak bersetuju jika pihak luar menilai kebahagiaan rumah tangga berdasarkan pendapatan mereka.

Ia disebabkan Jihan kelihatan lebih banyak menonjol dalam bidang lakonan dan pengacaraan berbanding suaminya itu.

“Rezeki siapa yang lebih… itu hal masing-masinglah,” katanya.

Tambahnya lagi, sebagai isteri yang bekerjaya, dia juga mempunyai tanggugjawab untuk tidak menyusahkan pasangan dengan pelbagai permintaan yang tidak munasabah.

“Saya bukan wanita yang high maintenance. Saya tak guna barangan mewah, saya lebih gemar memilih gaya streetwear.

“Tapi kalau saya berkeinginan barangan yang mahal, saya ada duit dan boleh beli sendiri,” katanya.

Sementara itu bercerita mengenai perancangan keluarga, Jihan memberitahu bahawa dia sentiasa bersedia untuk menimang cahaya mata.

“Saya tidak merancang, tapi kami menunggu rezeki untuk dikurniakan anak. Saya tak kisah bila-bila pun,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");