Sukan Hari Ini

United kembali digeruni lawan

PEMAIN Manchester United, Ander Herrera percaya pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin gentar momentum kebangkitan dipamerkan The Red Devils.

Kata Herrera, Red Devils kini berada di landasan terbaik selepas mencatat rekod tidak tewas dalam 15 perlawanan sebelum ini.

Menurutnya, lima pasukan teratas kini semakin bimbang dengan kebangkitan skuad kendalian Jose Mourinho mengejar mata dalam saingan liga.

“Saya percaya semua pasukan yang berada di atas dapat melihat sendiri bagaimana kami mengejar dan merapatkan jurang perbezaan mata.

“Kini penting untuk kami meneruskan rentak positif agar kami berjaya menjadi empat pasukan terbaik di liga,” katanya.

Malam esok, United akan melayan kunjungan Watford di Old Trafford untuk perlawanan ke-25 liga.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");