Sukan Hari Ini

‘Usia bukan masalah’

Kuala Lumpur: Pelumba trek negara Azizulhasni Awang menyatakan keyakinan bahawa faktor usia tidak akan menjejaskan misinya untuk meraih pulang emas pertama negara di Olimpik 2020 Tokyo.

Memetik sumber Harian Metro bagi pelumba berusia 29 tahun itu, tempoh tiga tahun sebelum Olimpik di Jepun itu bermula bakal menyaksikan persiapan terbaiknya untuk menghadapi temasya berprestij itu.

“Pada saya, faktor umur bukan penghalang. Malah, saya yakin emas pertama negara di Tokyo 2020 boleh direalisasikan kerana prestasi saya sentiasa meningkat setiap tahun.

“Buat masa ini kami akan fokus terhadap latihan berterusan untuk memantapkan persiapan menghadapi kejohanan besar lain.

“Masih banyak ruang yang boleh diperbaiki dan kami harus melakukannya secara berperingkat supaya mendapat prestasi maksimum di Tokyo nanti,” katanya.

Malah beliau yang dikenali dengan gelaran The Pocket Rocketman itu memenangi emas pecut individu Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) kelmarin selepas terkandas di separuh akhir acara kegemarannya, keirin.

Lebih menggembirakan kejayaan itu dicapai ketika persiapannya untuk kejohanan berkenaan tidak sampai dua bulan tetapi membuahkan hasil memuaskan.

“Sangat gembira kerana latihan tidak sampai dua bulan itu sudah mencapai pencapaian ini, tambahan pula tahap kompetitif ACC meningkat setiap tahun.

“Selain itu saya dapat menambah koleksi peribadi emas keempat dalam pecut individu. Ia menjadikan keseluruhan sembilan emas untuk menobatkan saya pelumba terbanyak memenanginya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");