Perak Hari Ini

Wakil Rakyat DAP Keluar Parti, Bukti Krisis Dalaman Serius

IPOH:Tindakan tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang anggota Parlimen DAP Melaka keluar daripada parti itu digambarkan sebagai satu krisis dalaman yang serius malah ia  bagaikan satu ‘letusan gunung berapi’, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

“Tindakan itu menggambarkan konflik dalam di kalangan mereka sudah meletus dan ia bagaikan letusan gunung berapi yang berlaku kerana ia bukan satu jumlah yang kecil malah bilangan seramai empat orang,”katanya.

Beliau turut mengakui krisis dalaman yang serius seperti yang berlaku di Melaka kini turut dihadapi oleh beberapa negeri lain termasuk Perak.

“krisis dalam yang serius seperti dihadapi oleh pihak DAP saya yakin ia juga turut dirasai di Negeri lain.

“Malah di Perak sendiri tetapi saya enggan masuk campur urusan negeri lain manakala pergaduhan di negeri sendiri juga boleh tahan juga keadaannya,” katanya kepada media selepas menghadiri sesi temubual Selamat pagi Perak bersama Dr Zambry di Perak FM hari ini.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas krisis dalam parti yang berlaku di Perak kerana tidak ingin didakwa cuba menarik ahli pembangkang menyertai Barisan Nasional (BN) dan cubaan rampasan kuasa.

Empat wakil rakyat DAP iaitu Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Goh Leong San, Adun Bachang, Lim Jak Wong dan Adun Kesidang, Chin Choong Seong bertindak keluar parti pada Ahad.

Tong Him dalam satu kenyataan berkata, mereka hilang kepercayaan terhadap parti dan kecewa dengan barisan kepimpinan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");