Jenayah

Wanita Maut Terjatuh Eskalator World Trade Center Oculus

SEORANG wanita maut terjatuh dari eskalator di World Trade Center Oculus di New York pada pagi Sabtu sewaktu hendak mencapai topi pasangan kembarnya yang terjatuh.

Memetik laporan New York Daily News, Jenny Santos terjatuh pada ketinggian 34 kaki.

Mangsa berusia 29 tahun itu berasal dari Kearny, New Jersey.

Menurut saksi, pasangan kembarnya menjerit ketika kejadian berlaku.

Dia dikejarkan ke Hospital Bellevue tetapi gagal diselamatkan.

Menurut New York Post, pasangan kembarnya dirawat di hospital kerana trauma selepas menyaksikan kejadian itu.

Siasatan berhubung insiden sedang berjalan. – Mail Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");