Jenayah

Warga Emas Maut Selepas Motosikal Terbabas

MUADZAM SHAH : Seorang warga emas berusia 67 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 121.8 Jalan Kuantan –Segamat di sini, malam kelmarin.

Dalam kemalangan kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa, Md Yusop Md Yasin dari Felda Keratong 7 mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Muadzam Shah.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd Noor berkata, bekas pemandu Kementerian Kesihatan itu dipercayai menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dalam perjalanan dari Chanis ke Felda Keratong 8 untuk berjumpa rakan.

“Bagaimanapun ketika sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas ke bahu jalan.

“Mangsa yang parah dibawa ke Hospital Muadzam Shah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku di jalan dua hala lurus dengan garisan putih berkembar dan keadaan gelap kerana tiada lampu jalan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");