Sukan Hari Ini

Yakin Mampu saingi Vietnam

PENGENDALI skuad bawah 22 tahun negara, Frank Bernhardt menyatakan keyakinan bahawa pemainnya mampu menampilkan prestasi terbaik dalam aksi persahabatan antarabangsa menentang Vietnam B-22, hari ini.

Bernhardt berkata, biarpun kecergasan pemainnya tidak memuaskan namun itu bukan penghalang untuk mereka memburu kemenangan.

“Saya boleh katakan kami berdepan tugas yang banyak. Tapi, saya harap pemain akan bersungguh-sungguh untuk memperagakan aksi mantap dan mencapai keputusan positif,” katanya.

Bagaimanapun pengendali dari Jerman itu akui pasukannya bakal berdepan tugas sukar untuk melakar kemenangan kerana lawan telah melakukan persiapan selama dua minggu.

“Semestinya Vietnam B-22 adalah pasukan kuat dan mereka akan mempunyai kem latihan selama dua minggu bagi perlawanan persahabatan ini.

“Tapi, saya harap pemain akan memberi cabaran hebat kepada lawan dan bermain bermati-matian.

“Mereka perlu mencari peluang dan mencari gol selain menterjemahkan segala ilmu yang telah diajar dalam perlawanan itu nanti,” ujarnya.

Pertemuan di tempat lawan itu akan menjadi aksi pertama skuad negara tahun ini sebagai persediaan menghadapi Sukan Sea Kuala Lumpur, 19 hingga 31 Ogos depan.

Sementara itu, kapten pasukan, Adib Zainuddin berkata, walaupun ia hanya aksi persahabatan tetapi mereka menggalas cabaran negara dan perlu mempertahankan maruah dengan catatan kemenangan menewaskan Vietnam.

“Saya yakin, semua rakan sudah bersedia untuk memberikan tentangan sengit kepada Vietnam dan kami akan berusaha memberikan persembahan terbaik dengan komitmen 100 peratus demi menterjemahkan perancangan dibuat ketua jurulatih (Frank Bernhardt).

“Kami juga perlu kekal fokus dan membuktikan kami boleh menghasilkan keputusan yang lebih baik,” jelasnya memetik laporan Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");