Membawang Hari Ini

Yein (Lovelyz) Cedera Buku Lali

ANGGOTA kumpulan Lovelyz iaitu Jung Yein terpaksa dibawa ke hospital selepas mengalami kecederaan buku lali semasa menjalani latihan untuk persembahan kemunculan semula kumpulan berkenaan.

Portal Koreaboo melaporkan bahawa Yein berkemungkinan tidak dapat mengambil bahagian dalam promosi album penuh Lovelyz yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beberapa media melaporkan bahawa syarikat rakaman Woolim Entertainment masih belum membuat keputusan muktamad mengenainya.

Lovelyz dijadual membuat kemunculan semula mereka pada 27 Februari ini dengan album kedua berjudul R U READY? memetik laporan Mstar Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");