Isu Panas

182 Orang Keluar Parti: DAP Dilanda Gelombang Kedua

Seramai 182 anggota akar umbi DAP yang diketuai tujuh bekas anggota jawatankuasa DAP negeri, keluar parti kerana ‘kecewa’ dengan parti itu.

Keadaan ini ternyata memberi impak kepada DAP berikutan ia melibatkan anggotanya yang keluar parti selepas ahli veteran dan Ahli Parlimennya, Sim Tong Him bersama tiga ADUN lain berbuat demikian bulan lalu.

Ternyata, DAP Melaka terpaksa berhadapan dengan gelombang kedua akibat kerakusan kepimpinan tertinggi parti yang lebih cenderung untuk mempertahankan legasi dan tamak dengan kekuasaan.

Bekas Setiausaha DAP Melaka, Liou Chen Kuang berkata, antara tujuan mereka bertindak demikian adalah disebabkan parti itu menyimpang daripada prinsip “Malaysian Malaysia”.

Selain Liou, enam bekas anggota jawatankuasa negeri lain yang meletakkan jawatan ialah N Ghandi, Low Chew Lim, Henry Kang, Kenny Tam, Kng Tuan Hock dan Tee Ai Yen.

Dalam masa yang sama, Liou juga mengkritik DAP kerana “menjual maruah Cina” demi meraih undi untuk mendapat kuasa, dengan mendakwa gagal menghapuskan rasuah dalaman serta dakwaan campur tangan kepimpinan pusat dalam hal berkaitan DAP negeri.

“Kami memutuskan untuk mengambil keputusan ini selepas sebulan pertimbangan dan berunding dengan penyokong tempatan dan ahli-ahli.

“182 ahli memilih untuk keluar daripada parti kerana DAP telah menyimpang dari perjuangannya,” kata Liou yang menyertai DAP 18 tahun lalu.

Bagaimanapun, Setiausaha DAP Negeri, Khoo Poay Tiong menafikan parti itu telah menyimpang daripada prinsip “Malaysian Malaysia” dan menggesa anggotanya mempertimbangkan semula keputusan mereka.

“Saya difahamkan, mereka (anggota yang tidak berpuas hati) akan hantar surat peletakan jawatan mereka kepada kepimpinan pusat.

“Jika mereka belum menghantar (surat itu), saya gesa mereka agar bertenang dan mempertimbangkannya semula,” kata ADUN Ayer Keroh itu ketika dihubungi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");