Jenayah

2 lelaki dicekup ketika curi kabel

KAMPUNG GAJAH: Dua lelaki berusia yang sedang mencuri kabel milik sebuah syarikat telekomunikasi ditahan di Kilometer 31, Jalan Kampung Gajah-Bota Kanan, dekat sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, kedua-dua suspek berusia 40an itu ditahan ketika sepasukan pegawai dan anggota polis sedang menjalankan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan.

Ketika ditahan, seorang daripada suspek sedang menarik kabel telekomunikasi manakala seorang lagi menunggu di dalam sebuah lori.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah, berkata seorang daripada suspek yang menjalankan perniagaan besi buruk ditahan ketika sedang memotong kabel berkenaan dipercayai untuk mencuri.

“Polis turut merampas peralatan digunakan untuk mencuri kabel berkenaan termasuk pisau, sarung tangan dan alat pemotong besi selain menyita lori digunakan,” katanya memetik sumber Berita Harian.

Mohamad Zainal berkata, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah membabitkan dadah serta jenayah.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");