Perak Hari Ini

216 Pelajar Bukan Dijangkiti virus H1N1

KAMPUNG GAJAH : Kerajaan Perak menafikan khabar angin yang menyatakan seramai 216 pelajar di negeri ini menghidapi Influenza H1N1

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kesemua pelajar berkenaan hanya dijangkiti Influenza A (H3) atau selesema bermusim dan bukannya seperti apa yang tersebar di media sosial.

Tambahnya, berdasarkan laporan yang dimaklumkan kepadanya oleh Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, ia adalah selesema biasa.

“Saya dimaklumkan oleh Datuk Mah, berdasarkan laporan awal, ia bukan berkaitan H1N1, tetapi ia adalah masalah selesema biasa.
“Jadi rakyat tidak perlu risau mengenai perkara tersebut”katanya ketika ditemui di Karnival Mahabbah Institusi Agama di Masjid Al Ansar, Felcra Changkat Lada, hari ini.

Sementara itu, mengenai program Permukiman Menteri Besar ke Daerah Perak Tengah, Zambry berkata, beliau dan barisan Exco negeri akan terus turun ke bawah untuk mendengar permasalahan rakyat.

“Pelbagai perkara kita dengar dan kita akan tangani sekiranya ianya memerlukan penyelesaian segera daripada kerajaan negeri,”katanya.

Program permukiman yang bermula pada Selasa dijangka akan berakhir esok yang melibatkan 105 program sekitar Daerah Perak Tengah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");