Perak Hari Ini

91 Pasukan Berentap UPSI International Pencak Silat Championship 2017

IPOH : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sekali lagi akan menganjurkan kejohanan pencak silat bertaraf antarabangsa yang melibatkan tiga buah Negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, sebanyak 91 pasukan bakal berentap di UPSI International Pencak Silat Championship 2017 yang akan berlangsung pada 7 hingga 12 Mac ini.

“Kejohanan berkenaan akan diadakan di UPSI sendiri dan setakat ini saya dimaklumkan jumlah keseluruhan peserta yang akan terlibat dalam kejohanan tersebut ialah seramai 1,211 atlet.

“Tahun ini adalah tahun kelapan penganjurannya yang telah bermula dari 2010 dan kita pernah melibatkan sebahagian besar negara-negara ASEAN untuk menyertai kejohanan ini.

Jelas beliau lagi, kejohanan kali menampilkan sedikit kelainan dimana penglibatan pelajar sekolah menengah sebagai peserta juga dibenarkan.

Zainol Fadzi yang juga Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Negeri Perak turut berkata, terdapat tiga kategori iaitu Terbuka Antarabangsa, IPTA/IPTS dan Remaja Antarabangsa.

“Saya juga dimaklumkan, penganjur juga telah mendapat kebenaran daripada Kementerian Pelajaran bagi membolehkan pelajar-pelajar sekolah menengah menyertai kejohanan ini,”katanya dalam satu sidang media.

Ujarnya lagi, terdapat 42 acara dipertandingkan dalam kejohanan tersebut.

“Semua kategori yang dipertandingkan menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM7,500,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");