KUALA LUMPUR: Sebutan kedua kes permohonan cerai Adi Putra terhadap isteri pertamanya, Zuhaidah Yusof ditangguhkan selepas pelakon itu gagal hadir di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada Jumaat.
Memetik sumber laporan Mstar Online, kes berkenaan sepatutnya disebut didepan Hakim Izzat Syazli Mushid sekitar pukul 9.30 pagi.
Malah difahamkan Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 36, memberitahu bahawa dia tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab tertentu.
Hakim akan menetapkan satu tarikh lain bagi sebutan kes berkenaan selepas perbincangan dibuat dengan plaintif.
Kes tersebut dibacakan kali pertama pada awal bulan ini.
Adi yang berasal dari Singapura berkahwin dengan Zuhaidah atau Aida pada 14 April 2006.
Komen & Pendapat