Jenayah

Akhirnya mengaku seludup daun ketum

Pengkalan Hulu: Wanita warga Thailand ditahan Agensi Keselamatan Sempadan (AKSEM) Perak di Kompleks Imigresen di Bukit Berapit, dekat sini kerana menyeludup 50 kilogram (kg) daun ketum ke negara asal, 4.15 petang semalam.

Wanita berusia 30 tahun itu menyembunyikan daun ketum basah yang dibungkus dalam plastik di dalam kenderaan pacuan empat roda dipandunya.

Komander AKSEM Perak, Asisten Superintendan Kasturi Othman berkata, wanita terbabit pada mulanya tidak mengaku menyeludup keluar daun ketum namun pemeriksaan lanjut anggota di dalam kenderaan berkenaan menemui daun berkenaan.

Katanya, wanita itu menyembunyikan daun ketum basah di dalam kenderaannya dengan menutup bahagian permukaan menggunakan kepingan zink yang diubahsuai supaya tidak disyaki pihak berkuasa.

“Wanita berkenaan mengaku membeli daun ketum itu di Kedah dengan harga RM30 sekilogram untuk dijual di Thailand dengan harga RM100 kerana di sana pasarannya tinggi,” katanya memetik sumber Harian Metro Online.

Beliau berkata, wanita berkenaan kini ditahan reman selama tujuh hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu dan semua daun ketum serta kenderaan diserahkan kepada pihak Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Pengkalan Hulu untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau empat tahun penjara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");