Berita Hari Ini

Akta 355 perlu persetujuan Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR – Rang Undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sewajarnya perlu mendapat persetujuan oleh Majlis Raja-Raja.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim berkata, peranan Majlis Raja-Raja sebagai ketua agama Islam tidak seharusnya dipinggirkan.

“Walaupun dalam Perlembagaan tidak menyatakan sedemikian, tetapi dikatakan bahawa mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa setakat mana yang diizinkan oleh mahkamah Persekutuan.

“Tetapi oleh kerana bidang kuasa mahkamah syariah dan mahkamah persekutuan wujud kerana Islam, justeru itu apa-apa perkara berkaitan Islam perlulah dirujuk dahulu kepada Majlis Raja-Raja dan mendapat persetujuan sebelum dimasukkan dalam Perlembagaan,” katanya dalam syarahan bertajuk ‘Islam as the law of the land’ di sini.

Menurutnya, soal itu boleh dihujahkan kerana Majlis Raja-Raja juga mempunyai peranan dan seharusnya menghormati mereka sebagai ketua agama Islam selain ketua agama negara.

“Mereka pun mempunyai peranan masing-masing. Jika tidak kerana mereka, kita tidak merdeka,” katanya memetik sumber Sinar Harian Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");