Sukan Hari Ini

Akui belum kering idea lagi

PENGENDALI Arsenal, Arsene Wenger menyifatkan taktikalnya masih berhasil setelah mampu menumpaskan Lincoln City 5-0 dalam saingan Piala FA, awal pagi semalam.

Menurutnya, penyokong seharusnya bertindak adil dan tidak mengkritik keterlaluan apatah lagi Arsenal masih memerlukan khidmatnya sebagai pengendali.

Malah, katanya, kekalahan memalukan Arsenal dalam saingan Liga Juara-Juara tempoh hari, disifatkan sebagai kesilapan pengadil dan bukan silap dirinya mahupun pemain.

“Saya fikir kritik kepada pasukan untuk pertandingan terakhir melawan Bayern Munich tidak adil, kerana kami bermain dengan baik.

“Kami kalah bukan karena kesalahan para pemain. Dan secara keseluruhan, untuk membalas kritikan penyokong, kami telah menang 5-0 ke atas Lincoln.

“Saya fikir kami bermain dengan sangat baik melawan Bayern Munich. Pertandingan kami dirosakkan oleh pengadil. Saya sudah menonton ulangan pertandingan sebanyak tiga kali dan memang kesilapan pengadil,” katanya.

Dalam perlawanan itu, Olivier Giroud membuka jaringan di minit ke-53, Alexis Sanchez (m-72), Aaron Ramsey (m-75) dan satu jaringan sendiri pemain Lincoln, Luke Waterfall (m-58) memetik laporan Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");