Isu Panas

Amanah saran MB, exco isytihar harta

SEMASA VIRAL ENG

Amanah saran MB, exco isytihar harta
MUHAMAD ADZHAR TAJUDDIN9 Mac 2017

Mohammad Nizar Jamaluddin
Mohammad Nizar Jamaluddin
IPOH – Amanah Perak menyarankan semua Exco Kerajaan Negeri termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir supaya mengisytiharkan harta demi ketelusan selain mengelak daripada timbul sebarang kes salah laku.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, ia perlu dilakukan bagi memastikan kejadian salah laku itu turut tidak melibatkan ahli keluarga mereka sepertimana yang berlaku ke atas seorang pimpinan kerajaan negeri di Johor.

“Kita bukan mencabar kepimpinan Kerajaan Perak tetapi semua mereka perlu menunjukkan ketelusan jika benar bahawa mereka adalah seorang yang ‘bersih’ dan tidak terjebak dengan rasuah.

“Kita juga tidak mahu mereka gunakan kuasa yang ada demi menyenangkan hidup ahli keluarga selain kroni-kroni dengan cara mudah dan tidak bertanggungjawab,” katanya.

Menurutnya, Pakatan Harapan Perak juga akan mengarahkan semua exco kerajaan negeri bersama menteri besar mengisytiharkan harta sekiranya diberikan mandat oleh rakyat untuk memerintah negeri selepas PRU14.

Katanya, ia penting untuk dilakukan bagi meyakinkan rakyat sekali gus membuktikan bahawa barisan kepimpinan bebas daripada sebarang kegiatan rasuah dan salah laku.

“Jika diberikan mandat untuk memerintah Perak, kita akan mengarahkan semua exco kerajaan negeri dan menteri besar untuk mengisytiharkan harta bagi memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa ketelusan adalah penting untuk semua kepimpinan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");