Membawang Hari Ini

Amyra Rosli Hamil Tujuh Minggu

KUALA LUMPUR:Sakit perut yang dialami pelakon Amyra Rosli sehingga terpaksa dibawa ke hospital merupakan petanda baik dia dan suaminya Amar Baharin apabila aktres itu disahkan hamil tujuh minggu.

Amar, 32, ketika dihubungi memberitahu, dia mengetahui berita itu selepas isterinya mengadu sakit perut sejak malam tadi sehingga terpaksa dibawa ke sebuah hospital swasta di ibu negara bagi mendapatkan rawatan.

“Alhamdulillah, doktor baru mengesahkah Amyra hamil tujuh minggu malam tadi (Selasa) selepas kami buat pemeriksaan sepenuhnya termasuk imbasan.

“Sebenarnya saya sedar sejak beberapa minggu lalu dia mengalami simptom-simpom kehamilan, namun kami belum sempat buat pemeriksaan sehinggalah malam tadi dia mengadu sakit perut,” ujarnya memetik sumber mStar Online.

Pasangan ini bernikah pada 11 November 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Premiera dekat sini.

Dalam pada itu, Amar berkata, doktor menasihati agar isterinya itu berehat selama dua minggu untuk kebaikan kandungannya.

“Buat masa ini doktor menasihatkan agar Amyra berehat selama dua minggu untuk memastikan kandungannya benar-benar kuat.

“Mungkin selepas ini dia akan berehat sementara daripada bidang lakonan.

“Untuk menjadi pengacara pula, bagi saya tiada masalah kerana kerja itu lebih ringan dan tidak mengambil masa yang panjang,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");