Panasnya Hari Ini

Anggap Anak Sudah Matang Punca Berlaku Jenayah Seksual

Masuk sesi ketiga dalam seminar berkenaan, ternyata topik yang lebih mendalam telah diperbincangkan dengan melibatkan panel-panel yang berpengalaman.

Menerusi sesi itu yang dimoderatorkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr. Khair Yusuf dan tiga panel terlibat termasuklah, Pensyarah USM, Dr Geshina Ayu Mat Saat yang membawa topik Modus Operandi Penjenayah Seksual Kanak-Kanak: Pemilihan dan Penentuan Sasar, dan panel kedua adalah Pensyarah Kanan & Pakar Kriminologi Forensik, Dr Mohammad Rahim Kamaluddin yang membawa topik Pendekatan dan taktik Hasilan serta panel ketiga iaitu Pensyarah Psikiatri UKM, P/M Dr Suzaily Wahab yang membawa topik Impak Terhadap Mangsa Dan Keluarga.

Dr Geshina ketika membentangkan topik beliau menyatakan bahawa, pelaku jenayah seksual lazimnya melaksanakan perbuatan terkutuk itu secara berulang-ulang ke atas mangsa.

“Ia adalah tingkah laku yang sengaja dirancang. Ia bukan sesuatu yang tidak disengajakan. Ia ada tingkah lakukan yang ada kewarasan.

“Ramai orang menyangkakan penjenayah seksual ini sebagai seorang yang gila, tetapi sebenarnya tidak. Mereka waras dan sedar akan tingkah laku dan perbuatan mereka.

“Kita ada beberapa jenis pelaku jenayah ini dan antaranya adalah kategori pemburu seksual iaitu mereka ini sejenis yang mencari mangsa dan meletakkan target tertentu dalam memilih mangsa mereka.

“Kemudian ada juga istilah pedophilia, dan di Malaysia ini ada dua kategori iaitu dikalangan yang berumur ataupun dikalangan rakan sebaya dengan mangsa,” katanya.

Dalam pada itu bagi panel kedua, Mohammad Rahim pula menyifatkan statistik pelaku jenayah akan berlaku perubahan dimana sebelum ia lebih melibatkan ahli keluarga namun dalam tempoh 2 hingga 3 tahun lagi akan berubah.

“Sebab apa sebelum ini perbuatan itu banyak dilakukan oleh ahli keluarga dan kini trend jenayah ini beralih kepada orang luar, ia adalah kerana kepesatan media sosial dan teknologi.

“Anak-anak yang dahulunya hanya mengenali orang-orang dekat mula berkomunikasi dengan individu di luar lingkungan rakan sebaya dan keluarga. Semuanya di hujung jari mereka sahaja.

“Media sosial sememangnya memainkan peranan penting bagi pelaku seksual untuk melakukan perbuatan mereka. Ianya lebih mudah dimana mereka dapat menyembunyikan diri mereka dan dalam masa yang sama mencari mangsa.

Bagi panel ketiga pula, Suzaily menyatakan bahawa mangsa kepada jenayah seksual ini mengambil masa yang amat lama untuk kembali normal dan keluar dari kemelut trauma yang dialami.

“Ia bergantung kepada tahap dan jenis penderaan seksual dimana secara logiknya mangsa yang mengalami konteks atau penetrasi berdepan dengan impak yang lebih teruk.

“Selain itu status pelaku seks itu juga memberi impak yang berbeza. Jika pelaku seksual itu dikalangan ahli keluarga mangsa maka ia sekaligus akan menyebabkan trauma yang agak teruk

“Jadi, kita sebagai masyarakat luar tidak boleh menuding jari terhadap mereka dan perlu berhati-hati untuk berbicara dengan mangsa jenayah seksual ini,” katanya.

Hari pertama Seminar Jenayah Seksual Kanak-Kanak:Hentikan!!! menyaksikan kehadiran yang diluar jangkaan dimana lebih 2,000 orang yang dikalangan NGO, Ibu Bapa, Pelajar serta pelbagai lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");