Sukan Hari Ini

Arsene Wenger semakin hampiri jalan keluar

Pengurus pasukan Arsenal, Arsene Wenger mengakui beliau sudah membuat keputusan mengenai masa depannya yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Wenger menjadi perbualan utama penyokong-penyokong Arsenal ketika tewas 3-1 kepada West Brom, dengan kapal terbang membawa kain rentang yang bertulis mesej “No Contract, Wenger Out” berlegar di udara sebelum perlawanan dimulakan di The Hawthorns.

Insiden tersebut seharusnya menjadi titik semangat kepada pengendali berusia 67 tahun namun skuad kendaliannya tewas empat kali dalam lima perlawanan.

Pertahanan West Brom, Craig Dawson menjaringkan dua gol buat pasukan tuan rumah sebelum Hal Robson-Kanu melengkapkan kemenangan West Brom. Jaringan tunggal Arsenal hadir menerusi gol Alexis Sanchez yang menyamakan di awal permainan.

Kontrak Wenger yang bakal tamat pada penghujung musim ini, menolak segala spekulasi mengenai masa depan bersama Arsenal, akhirnya membuat keputusan ketika ditemu bual pada sidang media.

“Saya mengetahui apa yang akan saya lakukan mengenai masa depan saya. Anda akan tahu tidak lama lagi,” kata Wenger.

“Kami mengharungi paling sukar dalam tempoh 20 tahun dan ia adalah lebih penting daripada masa depan saya.

Arsenal kini ketinggalan lima daripada penghuni tangga keempat, Liverpool yang bakal berdepan Manchester City hari ini, manakala Manchester United akan memintas jika berjaya menewaskan Everton.

“Kami bertanggungjawab di atas keputusan ini. Ia adalah satu kekecewaan kerana kami tewas dalam perlawanan ini. Kami perlu mempertingkatkan mutu permainan kami pada perlawanan akan datang,” ujarnya memetik sumber Astro Arena.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");