Perak Hari Ini

Banjir: 231 Mangsa Ditempatkan Di 6 Pusat Permindahan Sementara

IPOH:Seramai 231 mangsa yang terjejas akibat banjir kilat ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara di Daerah Larut Matang dan Selama.

APM menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa setakat jam lapan pagi tadi terdapat 60 keluarga berada di pusat pemindahan tersebut.

“Pusat pemindahan bagi Changkat Larah menempatkan 30 mangsa daripada 7 keluarga manakala bagi pusat Pemindahan di Sekolah Kebangsaan Temelok pula menempatkan 60 mangsa daripada 16 keluarga.

“Bagi pusat pemindahan di Surau Kelip-kelip Kg. Dew menempatkan 96 mangsa daripada 23 keluarga.

“Untuk Pusat Pemindahan  di Dewan Orang Ramai di Kampung Pinang Seberang menempatkan 10 mangsa daripada tiga keluarga.

“Pusat Pemindahan  di dewan orang ramai kampug Jelapang pula menempatkan lima keluarga iaitu 13 mangsa kesemuanya,”katanya.

Sementara itu bagi Daerah Kecil Selama hanya satu pusat pemindahan dibuka iaitu di Surau Ar-Rahmahniah yang menempatkan 22 orang mangsa daripada enam keluarga.

Bagaimanapun secara keseluruhan keadaan di Negeri Perak ketika ini baik dan terkawal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");