Perak Hari Ini

Banjir:293 Mangsa Terjejas Setakat Jam 6 petang

KERIAN:Seramai 293 mangsa di beberapa kawasan terjejas di Daerah Larut Matang dan Selama masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara setakat 6 petang ini.

APM Perak menerusi satu kenyataan hari ini berkata, kesemua mangsa melibatkan 69 keluarga.

“Bagi Pusat Pemindahan di Surau Kelip-Kelip Kampung Dew telah menempatkan 96 mangsa daripada 23 keluarga,” katanya.

Sementara itu bagi Daerah Kerian seramai 108 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan Dewan Orang Ramai Padang Lalang melibatkan 29 keluarga.

“Manakala pusat pemindahan di Dewan Orang Ramai Kampung Alor menempatkan 89 mangsa daripada 17 keluarga,” memetik kenyataan itu lagi.

Setakat ini masih tiada pusat pemindahan yang ditutup.

Tinjauan Peraktoday di kawasan Tanjung Bugis mendapati keadaan air banjir semakin surut bagaimanapun kebanyakan rumah masih ditelenggami air.

Penduduk kelihatan meninjau keadaan rumah namun kebanyakan mereka masjih ditempatkan di pusat pemindahan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");