Perak Hari Ini

Banteras Tapak Pembuangan Sampah Haram, MBI Laku Intipan

IPOH : Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mendapati tapak pembuangan sampah haram di Kampung Tasek adalah berpunca daripada kenderaan yang melalui jalan tersebut.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zambry Man berkata, hasil siasatan yang dilakukan mendapati limpahan sampah sarap itu wujud akibat sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak.

Jelas beliau lagi, maklumat yang diperolehi daripada penduduk sekitar mendapati, sampah tersebut dibuang oleh pihak industri, pusat penjaja dan peniaga pasar.

“Unit anti-litter akan membuat intipan bermula malam ini dan akan diteruskan sehingga selesai masalah sampah haram ini,”katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menerusi posting di Facebooknya berkata, beliau menerima makluman daripada penduduk mengenai pembuangan sampah di Kampung Tasek, di sini.

Zambry berkata, laporan yang beliau perolehi mendapati terdapat lori-lori kecil yang datang waktu malam dan waktu tertentu membuang sampah secara haram di situ,”ujarnya.

Zambry berkata lagi, beliau turut dimaklumkan, kawasan tersebut hanya untuk pembuangan sampah penduduk setempat.

Dalam perkembangan lain,  Datuk Bandar Ipoh juga turun padang ke Gugusan Manjoi, Pasar Borong dan Pasar Menglembu untuk meninjau permasalahan rakyat.

“Semoga turun padang ini akan mengeratkan hubungan antara MBI dan wargakota serta membantu memastikan hasrat Ipoh sebuah bandaraya yang bersih, hijau dan maju tercapai,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");