Sukan Hari Ini

Barca elak tragedi Paris berulang

BARCELONA tidak menganggap aksi timbal balik di laman sendiri bakal memberikan kelebihan buat mereka layak ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara.

Sebaliknya, gergasi Sepanyol itu berkata keputusan aksi pertama di gelanggang lawan bakal menentukan nasib mereka dalam saingan Eropah kali ini.

Pada majlis undian kelmarin, skuad kendalian Luis Enrique itu diundi bertemu Juventus di suku akhir pertama di Turin pada 12 April, sebelum aksi timbal balik di Nou Camp seminggu kemudian.

“Tiada lawan mudah di suku akhir. Apa pun, undian telah dibuat dan kami sekali lagi dipertemukan dengan pasukan yang hebat.

“Kami tidak memandang ringan keupayaan Juventus kerana kami pernah bertemu dengan mereka di perlawanan akhir dua tahun lalu,” kata Timbalan Presiden Barcelona, Jordi Mestre.

Barcelona berjaya layak ke pentas suku akhir selepas bangkit menundukkan Paris Saint Germain (PSG) 6-1 di laman sendiri.

Pada aksi pertama, Barcelona diaibkan PSG 4-0 di Paris memetik laporan Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");