Membawang Hari Ini

Beauty and the Beast buai rasa

SEJAK pengumuman pembikinan filem live-action, Beauty and the Beast (BATB) pada pertengahan 2014, ramai teruja menantikan filem terbitan Walt Disney Pictures dan Mandeville Films ini.

Malah filem arahan Bill Condon dan skrip oleh Stephen Chbosky dan Evan Spiliotopoulos ini juga menjadi antara filem 2017 yang dinantikan.

Memetik sumber Sinar Harian,ia jelas terbukti menerusi trailer pertama BATB mendapat 91.8 juta tontonan dalam masa 24 jam dan menjadikannya trailer paling banyak ditonton dalam sejarah perfileman selepas Star Wars: The Force Awakens, dan Captain America: Civil War.

Filem adaptasi kisah dongeng Jeanne-Marie Leprince de Beaumont dibintangi pelakon hebat seperti Emma Watson, Dan Stevens, Luke Evans, Kevin Kline, Josh Gad dan Ewan McGregor.

Ia mengisahkan tentang Belle (Emma Watson), wanita muda yang dijadikan tawanan oleh Beast (Dan Stevens) di dalam istana beliau sebagai pertukaran untuk kebebasan bapanya Maurice.

Biarpun takut, Belle sentiasa bersikap positif apabila pekerja di istana melayannya dengan baik.

Semasa menjadi tawanan, Belle cuba membantu dan mencari penyelesaian bagaimana membantu pekerja di istana dan Beast sendiri yang sebenarnya telah disumpah.

Namun tanpa disedari, Belle dan Beast telah saling jatuh cinta. Bagaimanapun ada halangan yang perlu mereka tempuhi.

Secara keseluruhannya, BATB mengembalikan nostalgia penonton pada filem animasi yang diterbitkan pada tahun 1991.

Berdasarakan karakter animasi diterjemahkan secara nyata ibarat angan-angan yang menjadi kenyataan dan pujian harus dilayangkan buat Watson apabila berjaya menampilkan sisi lakonan yang berbeza.

Filem ini juga menyaksikan Watson menyanyi untuk beberapa babak dan boleh disimpulkan bahawa karya-karya Disney tidak pernah mengecewakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");