Jenayah

Bekas Pengarah MITI Kelantan bebas dengan jaminan

KOTA BHARU: Bekas Pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) negeri hari ini dibebaskan dengan jaminan setelah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu sebanyak RM600,000.

Memetik sumber Utusan Online, perkara itu disahkan oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan, Datuk Moh Samsudin Yusoff hari ini.

“Kes ini masih disiasat mengikut Seksyen 18 akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009,” katanya yang enggan mengulas lanjut kes tersebut.

Pada 15 Mac lalu, SPRM menahan suspek berusia 35 tahun di pejabatnya di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Putrajaya.

Difahamkan kes itu terbongkar selepas Jabatan Audit menjalankan audit terhadap pejabat kementerian tersebut di negeri ini pada akhir tahun lalu.

Siasatan awal SPRM telah mengesan wang tunai berjumlah RM190,000 dalam akaun bank milik suspek.

Sumber SPRM berkata, kebanyakan hasil audit tidak boleh dijawab pihak terbabit sehingga mendorong kepada pembongkaran aktiviti tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");