Perak Hari Ini

Bomba Bantu Pindahkan Mangsa Banjir Kilat Di Kamunting

KAMUNTING:Pasukan Bomba dan Penyelamat Perak telah memindahkan 10 penduduk melibatkan dua kawasan terjejas iaitu di Batu 12 dan Batu 13 yang terperangkap dalam banjir kilat malam tadi.

Ketua Operasi, Penguasa Bomba, Muahamed Habib Muhammed Dali dalam kenyataannya memberitahu bahawa pihaknya terus bertindak sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7.19 malam semalam.

“Banjir kali ini melibatkan beberapa kawasan dimana di Batu 12, seramai enam mangsa berjaya dipindahkan untuk dibawa ke hospital.

“Seorang warga emas yang didapati mengalami kelesuan akibat keadaan yang sejuk dan keletihan telah dibawa menerima rawatan di hospital,” katanya.

Bagaimanapun jelas beliau, mangsa warga emas berkenaan telah dihantar ke Hospital Taiping menggunakan jentera EMRS dengan ditemani warisnya.

Jelas beliau, bagi kawasan Batu 13 pula, seramai empat orang mangsa telah dipindahkan ke Dewan Dato Hamzah Zainudin setelah paras air meningkat hingga enam kaki.

Pihak penyelamat katanya telah memantau keadaan banjir hampir ke semua rumah di kawasan terbabit menggunakan bot dan air mulai surut sekitar jam 10 malam semalam.

Difahamkan lebih 30 penduduk dari sekitar kawasan perumahan Changkat Larah terjejas akibat banjir kilat tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");