Membawang Hari Ini

“Bukan Soal Wang, Tetapi Kualiti” – Hazami

PETALING JAYA: Penyanyi Hazami mendedahkan dia pernah ditawarkan bayaran lumayan daripada artis yang ingin menggunakan khidmatnya sebagai komposer.

Bagaimanapun kata penyanyi berusia 42 tahun ini dia tidak pernah bersikap ‘kabur mata’ dengan sesuatu tawaran sebaliknya mementingkan potensi dan kesesuaian seseorang artis untuk menyanyikan lagu ciptaannya.

“Sehingga kini saya ada lebih daripada 300 buah lagu dalam simpanan dan saya tidak sewenang-wenangnya memberikan karya ciptaan saya begitu sahaja.

“Sebaliknya saya buat kajian terlebih dahulu berhubung kesesuaian suara denga lagu yang bakal diberikan kepada seseorang penyanyi walaupun mereka tawarkan bayaran lumayan.

“Ini bukan soal wang tetapi paling penting lagu yang dihasilkan berkualiti dan dapat menjadi sebuah karya malar segar,” katanya memetik sumber mStar Online.

Hazami ditemui pada majlis santai dan mesra artis bersama media anjuran Cloudworkd Record di Bangsar dekat sini, baru-baru ini.

Atas dasar itu juga, Hazami memberitahu dia akan berasa tertekan apabila ada rakan-rakan artis memintanya menghasilkan lagu buat mereka kerana amat menitikberatkan soal kualiti dalam penghasilan sesuatu lagu.

“Apabila perlu menghasilkan lagu untuk penyanyi lain saya akan terikat dengan tempoh masa ditetapkan dan itu membuatkan saya tertekan.

“Saya sangat teliti dalam soal kerja kerana ingin memastikan sesuatu karya dihasilkan adalah berkualiti,” jelasnya.

Pemilik nama sebenar Norakmal Hazami Ahmad ini berkata lagi, walaupun dia kini dilihat agak menyepi daripada industri seni namun sebenarnya dia sibuk dengan kerja-kerja mengubah dan penerbitan lagu.

“Kebiasaannya waktu malam adalah paling sesuai untuk saya mencari ilham namun sejak kesihatan saya agak merosot baru-baru ini saya perlu tidur awal dan membuat kerja mengubah lagu pada waktu siang.

“Apabila bangun pagi selalunya saya akan terus duduk di Piano dan menggubah lagu,” katanya.

Sementara itu, Hazami memberitahu akhirnya menyerahkan lagu ciptaannya kepada penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza selepas 10 tahun menanti dia berbuat demikian.

“Saya bersyukur akhirnya saya sudah menyerahkan sebuah lagu kepada Siti Nurhaliza dua minggu lalu selepas hampir 10 tahun beliau minta saya ciptakan lagu untuknya.

“Bagaimanapun saya serahkan kepada pihak Siti untuk menguruskan soal lirik dan berharap agar beliau akan menyukai lagu tersebut,” ujarnya.

Tambah Hazami selain Siti, antara penyanyi yang sedang menanti lagu ciptaannya adalah Dayang Nurfaizah, Ir Radzi, Ilyka, Aishah Bujan dan penyanyi Indonesia, Indah Edrea.

Berkongsi tentang perkembangan terbaharunya, Hazami berkata dia bakal tampil dengan single terbaharu yang berjudul Maha.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");