Perak Hari Ini

Buruh Ditangkap Miliki Dadah RM35,000

IPOH: Polis menahan seorang buruh berusia 25 tahun dan merampas 2,238.50 gram dadah, yang dipercayai heroin, berhampiran sebuah pasar mini di Kamunting, Taiping Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Asisten Komisioner R Ravi Chandran berkata lelaki itu dipercayai sedang dalam perjalanan untuk mengedar dadah apabila polis berjaya menahannya kira-kira 10.45 malam pada Rabu.

“Pihak Polis menjumpai lima bungkusan plastik yang dipercayai mengandungi dadah.

“Suspek tidak mempunyai apa-apa rekod dan telah disahkan negatif dadah,” katanya pada satu sidang media hari ini.

Polis turut merampas dadah yang dianggarkan nilai RM35,000.

ACP Ravi Chandran berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori.

Katanya, suspek akan ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini, sehingga 6 April ini.

Kes disiasat dibawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan akan dikenakan hukuman mandotori iaitu gantung sampai mati.

Hasil rampasan dadah tersebut difahamkan boleh dibekalkan kepada lebih 2,000 orang penagih.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");