Sukan Hari Ini

Cabar Pemain Melaka United Untuk Bangkit

SELEPAS mempamerkan aksi hambar dalam beberapa perlawanan sebelum ini, pengendali Melaka United, Eric Williams menganggap pertemuan menentang Pulau Pinang dalam saingan Liga Super, malam ini sebagai satu ujian kepada pemainnya.

Ujarnya, pertemuan malam ini bakal menjadi ujian betapa pemainnya mampu bangkit untuk mencipta kemenangan.

“Tiada apa yang saya harapkan selain tiga mata penuh dalam pertemuan ini selain pemain yang mampu memberikan aksi 100 peratus.

“Saya yakin dengan keazaman yang tinggi kami mampu bangkit untuk mendapat mata dan mengembalikan momentum positif untuk pasukan,” katanya, memetik laporan Sinar Harian.

Sabtu lalu, skuad kendaliannya tewas 1-3 kepada Pahang di laman sendiri dan memperlihatkan pasukan itu masih mencari rentak persembahan.

Sementara itu, Williams turut menyifatkan kepadatan jadual menyebabkan rentak pemainnya sedikit terjejas.

“Jadual yang gila dan tak masuk akal. Kami baru sahaja bertemu Kelantan di Kota Bharu minggu lalu, kemudian Pahang di tempat sendiri dan minggu ini kami perlu tempuh dua lagi away game di Pulau Pinang dan Kedah.

“Bagaimanapun, kami tetap perlu harungi perlawanan ini dan diharapkan pemain segera pulih dan dapat beri tumpuan,” katanya.

Mengenai kapten pasukan Ilija Spasojevic yang cedera, Williams berkata, beliau belum boleh memberi bayangan sama ada pemain itu diturunkan atau tidak malam ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");