Membawang Hari Ini

Cristiano Ronaldo bakal timang anak kembar lelaki

BINTANG bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dikatakan bakal menimang anak kembar lelaki daripada seorang ibu tumpang yang berasal dari Amerika Syarikat.

Menurut laporan akhbar The Sun, Ronaldo dikatakan sedang teruja menanti kelahiran anak kembarnya itu.

“Cristiano dan keluarga tidak sabar lagi menanti kelahiran anggota baharu mereka.

“Ia selalu merahasiakan kehidupan peribadinya, tapi dia sudah memberitahu kepada orang-orang yang rapat dengannya mengenai bakal anak kembarnya.

“Bayi-bayi lelaki itu dikhabarkan akan lahir tidak lama lagi,” menurut sumber.

Menurut sumber yang sama, Ronaldo merancang untuk menerbangkan bakal anak-anaknya ke Sepanyol selepas mereka lahir nanti.

Bagaimanapun sehingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak Ronaldo.

Terdahulu, Ronaldo seorang anak lelaki diberi nama, Cristiano Jr, yang lahir pada 2010.

Kelahiran Cristiano Jr juga dipercaya melalui ibu tumpang yang hingga kini identitinya di rahsiakan.

Sementara itu, Ronaldo kini juga sedang menjalin asmara dengan model, Georgina Rodriguez, yang berusia 23 tahun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");