Panasnya Hari Ini

Debat: Saya tidak wakili BN, UMNO

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata beliau tidak mewakili pendirian Barisan Nasional (BN) mahupun UMNO dalam sesi debat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 25 Mac depan.

Malah jelasnya sebarang perkara yang dibangkit ketika debat berkenaan adalah sebagai suara wakil rakyat Padang Rengas.

“Tidak susah untuk saya katakan saya tidak mewakili BN dan UMNO. Saya mewakili pengundi di Padang Rengas, mereka sudah undi saya lima kali.

Nazri berkata, pihaknya juga sudah mendapatkan kebenaran dan pandangan daripada Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad, berhubung penganjuran debat itu.

“Bagi lokasi debat itu, dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah Padang Rengas mempunyai kapasiti 800 orang, ada cadangan hadkan kepada 200 orang, bagi saya buka kepada semua.

“Saya dengar polis nak pastikan kereta mereka (yang hadir) diletakkan di luar kawasan tempat itu, kerana ia adalah kawasan sekolah. Mereka hanya perlu jalan kaki dalam 200 meter ke dewan itu,” katanya memetik sumber Berita Haria

Semalam, Nazri berkata beliau akan berhujah secara berhemah ketika berdebat dengan Dr Mahathir mengenai isu semasa termasuk 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau turut menafikan dakwaan akan bertindak kurang ajar terhadap bekas Perdana Menteri itu, yang pernah menjadi ketuanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");