Berita Hari Ini

Denggi Menurun Kepada 1,885 Kes

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan melaporkan, jumlah kes denggi yang dilaporkan minggu lalu menurun sedikit kepada 1,885 kes berbanding 1,937 kes yang dicatatkan minggu sebelumnya.

Menerusi satu kenyataan, kementerian itu berkata, jumlah kes berkenaan menurun sebanyak 52 peratus pada minggu kesembilan tahun ini iaitu antara 26 Februari hingga 4 Mac lalu berbanding kes yang dicatatkan minggu terdahulu.

Katanya, dua kematian dicatatkan pada minggu kesembilan menjadikan jumlah keseluruhan 42 kes kematian akibat denggi tahun ini.

“Jumlah keseluruhan kes denggi yang dilaporkan antara Januari hingga 4 Mac lalu adalah 16,398 kes berbanding 28,122 kes bagi tempoh yang sama tahun 2016 iaitu penurunan sebanyak 41.7 peratus,” katanya, lapor Berita Harian.

Secara keseluruhannya, jumlah kematian akibat denggi yang dicatatkan tahun ini menurun 20 kes berbanding 62 kes yang dilaporkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Kementerian Kesihatan menyeru semua pihak meningkatkan aktiviti pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes serta menganjurkan aktiviti gotong royong secara berkala terutama di kawasan kediaman dan premis perniagaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");