Perak Hari Ini

Derma Siswa Tetap Diteruskan,Ibu Bapa Perlu Rujuk Yayasan Perak

LUMUT:Kerajaan Perak akan meneruskan pemberian bantuan derma siswa kepada pelajar dari negeri ini yang berpeluang menyambung pengajian mereka di peringkat kolej dan universiti.

Menteri Besar,Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata bantuan tersebut diberikan khusus kepada pelajar yang pendapatan keluarganya dibawah RM3,000 untuk membantu mereka dalam proses pendaftaran kemasukan ke univerisiti yang diiktiraf.

“Kita akan meneruskan pemberian bantuan sebegini berikutan masih ada ibu bapa yang berpendapatan bawah daripada RM3,000 memerlukan bantuan segera bagi kemasukan anak mereka ke universiti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sejurus selepas bertemu para pelajar dari negeri ini pada program Amanjaya Student Leadership Camp (Mahasiswa Perak) di Outward Bound School di sini hari ini.

Tambahnya bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak mereka yang ingin  menyambung pengajian di universiti awam dan swasta yang diiktiraf serta memerlukan bantuan boleh merujuk kepada Yayasan Perak menerusi peruntukan khas yang disediakan agensi itu.

“Bantuan sebanyak RM1,000 bagi Ijazah, diploma RM500 dan profesional RM1,200,” katanya.

Katanya lagi, seramai hampir 14,000 pelajar dari negeri ini telah menerima bantuan dan bantuan tersebut akan meningkat mengikut permohonan saban tahun.

Beliau terdahulu turut meluangkan masa bertemu para pimpinan negeri ini wakil dari seluruh universiti di Malaysia dalam program berkenan sebentar tadi.

“Ia merupakan program yang memberi latihan kepimpinan dan para pelajar perlu menjalani latihan supaya dapat meningkat mutu kepimpinan mereka malah saya juga sempat mengadakan  sesi dialog seperti TN50 bersama mereka,” katanya.

Jelas Zambry lagi, berdasarkan semangat kepimpinan yang ditunjukkan oleh anak Perak tidak mustahil negeri ini bakal mempunyai barisan kepimpinan yang baik mewakili pelbagai kaum.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");