Jenayah

Dua Kali Berlakon Pengsan

Butterworth: Seorang lelaki berusia 43 tahun dua kali berpura-pura pengsan di Mahkamah Majistret Butterworth, semalam kerana takut berdepan hukuman bakal dijatuhkan,

Sebelum itu, tertuduh B Suresh dihadapkan ke mahkamah dan didakwa mengikut Seksyen 12 dan Seksyen 15, Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sejurus kertas pertuduhan dibacakan, tubuh Suresh tiba-tiba dilihat menggeletar dan rebah di dalam kandang tertuduh di hadapan Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab.

Harian Metro melaporkan, Suresh kemudian diarah bangun dan kertas pendakwaan dibacakan sekali lagi, namun dia rebah kali kedua sebelum polis mengusungnya ke dalam lokap bagi mendapatkan rawatan.

‘Drama’ Suresh itu bagaimanapun terbongkar selepas pemeriksaan kesihatan mendapati dia normal dan setengah jam selepas itu dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki dadah jenis morfin seberat tiga gram ketika ditahan di Jalan Asumption, pada jam 2.30 petang, pada 22 Februari lalu.

Bagi kesalahan pertama, dia yang mempunyai rekod kesalahan lampau didakwa mengikut Seksyen 12(2), Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3), akta sama yang jika sabit kesalahan, dia boleh didenda RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Tertuduh turut mengaku bersalah atas satu lagi pertuduhan memasukkan dadah dalam badan mengikut Seksyen 15 (1) (a), Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 2003) pada masa, tarikh dan tempat sama yang jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya.

Muhammad Firdaus menetapkan 5 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan patologi dan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Syafina Mohd Radzuan.

Sementara itu, di mahkamah sama, 15 pelatih di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kampung Selamat, dekat sini, dan empat Orang Kena Pengawasan (OKP) masing-masing dipenjara 18 bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berasingan mengikut Seksyen 20(1)(a) , Seksyen 20(1)(b) dan Seksyen 6(2), Akta Penagih Dadah (APD) 1983 yang didakwa dilakukan mereka di antara November 2016 hingga Januari 2017.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");