Panasnya Hari Ini

Dua Lim tadbir DAP guna cara diktator – Tunku Abdul Aziz

KUALA LUMPUR:Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendakwa kepemimpinan kuku besi dan diktator Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng menjadi antara faktor utama semakin ramai ahli DAP meninggalkan parti itu.

Memetik sumber Berita Harian ujarnya, dijangkakan lebih ramai ahli di Pulau Pinang, Selangor, Johor dan Melaka akan bertindak keluar parti berikutan ramai yang sudah membuka mata dan menyedari realiti kepemimpinan bapa dan anak itu dalam DAP.

Malah jelasnya berdasarkan pengalamannya berada dalam parti itu, kedua-dua pemimpin berkenaan tidak suka dasar dan pemerintahan mereka dicabar atau ditentang oleh ahli parti.

“Tiada ruang untuk menyuarakan pendapat yang mungkin bercanggah dengan kepemimpinan atasan dalam DAP… beginilah cara kedua-dua Lim (Kit Siang dan Guan Eng) mencengkam parti.

“Mereka memerintah dengan mencipta ketakutan, namun dengan tindakan ahli yang berjaya membuka mata, meninggalkan parti, kaedah itu (memerintah dengan mencipta ketakutan) dilihat sudah tidak boleh digunakan.

“Saya menjangkakan lebih ramai ahli akan keluar parti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” katanya.

Terdahulu baru-baru ini, 182 ahli DAP di Melaka memilih untuk keluar daripada parti berkenaan kerana masalah dalaman parti itu.

Sementara itu pada bulan lalu, 40 ahli DAP di Sabah dilaporkan meninggalkan parti itu secara beramai-ramai untuk menyertai komponen Barisan Nasional (BN).

Tunku Abdul Aziz berkata DAP sering bercakap mengenai demokrasi tetapi gagal menterjemahkannya dalam pentadbiran parti itu.

Katanya, tiada yang demokratik mengenai kepemimpinan DAP kerana mereka tidak menerima sebarang pendapat yang bercanggah dengan kepemimpinan atasan, malah sistem disiplinnya juga tidak selari dengan peraturan dan undang-undang.

“Pentadbiran DAP lebih kepada bersifat pemerintahan mutlak atau diktator berbanding demokrasi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");