Jenayah

Dua Tan Sri Ditahan Terlibat Rasuah

Dua ahli perniagaan bergelar Tan Sri disiasat oleh pihak berkuasa atas dakwaan rasuah dan cuba mengelak cukai.

Pihak berkuasa membekukan akaun dan aset bernilai ratusan juta ringgit daripada kedua-dua ahli perniagaan itu.

Menurut laporan itu, suspek ditahan dalam serbuan bersama yang dijalankan di dua negeri oleh Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Jabatan Kastam.

Laporan itu turut menyatakan seorang ahli perniagaan didakwa menjalankan sindiket perjudian haram di negara ini selain memiliki kelab malam yang beroperasi melebihi waktu ditetapkan.

Ahli perniagaan itu didakwa memberi rasuah melebih RM1 juta setiap bulan kepada pegawai dari pelbagai agensi penguatkuasaan.

Seorang lagi ahli perniagaan itu didakwa menipu kerajaan dengan menggunakan proksi untuk membeli tanah rizab Melayu pada harga yang murah kemudian menjualnya kepada kerajaan dengan harga lebih tinggi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");