Perak Hari Ini

“Ganja Dalam Kereta”

IPOH:Tiga lelaki ditahan awal pagi semalam selepas dipercayai terbabit dalam sindiket penyeludupan dadah di sekitar bandar raya ini.

Dalam serbuan sekitar 1 pagi, pihak Polis berjaya merampas 70 ketulan mampat berisi daun kering dipercayai ganja dianggarkan seberat 69,460 gram.

Menurut Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan serbuan dijalankan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak di sebuah rumah di Taman Chempaka di sini.

“Polis berjaya memberkas tiga lelaki dan seorang daripadanya mempunyai satu rekod jenayah dan kesemua mereka direman sehingga 27 Mac,”katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Ipoh pada Rabu.

Tambahnya lagi, hasil serbuan pihak Polis telah merampas 69,460 dadah jenis ganja dengan nilai rampasan mencecah RM210,000.

“Suspek telah bertindak menyembunyikan ketulan mampat tumbuhan kering disyaki dadah ganja dengan menyorokkannya di dalam ruangan kenderaan yang diubahsuai.

“Nilai keseluruhan sitaan barang kemas sekitar RM30,000 dan dipercayai bekalan ganja sebanyak 69,460 gram ini membekalkan permintaan dadah itu kepada hampir 140,000 orang penagih,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");