Berita Hari Ini

GST: 37,556 kompaun dikeluarkan

KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengeluarkan 37,556 kompaun atas kesalahan berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi tempoh 1 April 2015 sehingga 17 Feb tahun ini, kata Kementerian Kewangan.

Kementerian itu berkata, kompaun berkenaan termasuk bagi kesalahan berkaitan kegagalan mempamerkan harga barangan, termasuk bayaran GST yang dikenakan, dan kegagalan menghantar penyata dan membuat bayaran GST.

Kompaun lain termasuk kesalahan berkaitan invois cukai dan berkaitan pendaftaran GST, kata Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang bertanyakan jumlah syarikat dan pertubuhan yang melaksanakan GST dan jumlah syarikat yang dikompaun.

Kementerian berkata, Johor mencatatkan bilangan kompaun tertinggi dengan 8,104, diikuti Wilayah Persekutuan (5,036) dan Selangor (4,707).

Sementara itu, Kementerian Kewangan berkata, sehingga 21 Februari lepas, 435,809 entiti berdaftar GST dengan JKDM.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");