Panasnya Hari Ini

Guru bersekongkol dengan pembangkang sabotaj negara

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun menegaskan tindakan lima guru aktif berpolitik di pentas pembangkang untuk menghentam kerajaan sama seperti mensabotaj pentadbiran negara kerana melanggar Perintah Am dalam perkhidmatan awam.

Tindakan itu bercanggah Peraturan 4 (2)(d) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib), yang menyebut; “Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan pada setiap ketika memberikan taat setia tidak berbelah bagi kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan”.

Malah jelasnya peraturan itu juga menyebut seseorang pegawai tidak boleh membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya yang bercanggah dengan tugas awam bagi faedah sendiri.

“Jelas sekali keputusan Menteri Pendidikan (Datuk Seri Mahdzir Khalid) adalah tepat, lagi pun dalam kes ini beliau tidak mendesak guru menyokong Barisan Nasional (BN), sebaliknya hanya mahu mereka mematuhi perintah am dalam perkhidmatan awam, ” katanya memetik sumber Berita Harian.

Beliau mengulas kenyataan Mahdzir pada Isnin lalu berhubung lima guru diberi tempoh dua minggu bagi menjawab surat tunjuk sebab melanggar Perintah Am dalam perkhidmatan awam kerana aktif berpolitik di pentas pembangkang untuk menghentam kerajaan.

Bagaimanapun, Mahdzir enggan mendedahkan identiti dan sekolah kelima-lima guru berkenaan bertugas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");