Isu Panas

Hadiah RM10,000 buktikan Lim Kit Siang seorang diktator rasis, anti Islam

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa hari ini menyatakan hasrat mengadakan pertandingan menulis artikel tentang ahli politik veteran Lim Kit Siang dengan tawaran hadiah RM10,000.

Katanya, artikel berkenaan haruslah mempunyai kaitan dengan Penasihat DAP itu dan diberi tajuk “Adakah benar Lim Kit Siang seorang rasis, anti Islam dan 51 tahun diktator?”

“Siapa buat Instagram (IG) yang menarik, fakta yang betul yang ada kaitan dengan Lim Kit Siang yang dikatakan seorang rasis, anti Islam dan diktator politik 51 tahun.

“Boleh buat dalam bentuk IG, boleh buat dalam bentuk penulisan blog, boleh buat dalam bentuk artikel dan hantar ke pejabat saya, pejabat Ketua Penerangan UMNO Malaysia, PWTC sebelum 30 Mei,” kata Annuar memetik sumber Astro Awani.

Tujuan beliau mengadakan pertandingan itu adalah untuk mencari bahan bukti daripada orang ramai berkaitan apa yang pernah didakwa sebelum ini.

Annuar berkata kenyataan terhadap Kit Siang mestilah dibuat berdasarkan beberapa fakta termasuk daripada ucapan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengakui penasihat DAP itu seorang rasis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");