Sukan Hari Ini

Hafizh Yakin Dengan Jentera Baharu

KUALA LUMPUR: Menjelang perlumbaan pembuka tirai saingan Moto2 di Grand Prix (GP) Qatar, 26 Mac ini, Hafizh Syahrin Abdullah melaungkan keyakinan serta rasa puas hati dengan prestasi jentera baharunya.

Penunggang PETRONAS Raceline Malaysia itu kini sedang menjalani sesi ujian persendirian bagi menguji jentera Kalex 2017 di Litar Jerez, Sepanyol, sejak kelmarin.

Dan setakat hari kedua ujian semalam, Hafizh yang menduduki tangga kesembilan keseluruhan musim lalu meluahkan kegembiraannya dengan prestasi jentera itu.

“Selesai hari kedua ujian. Sangat gembira dengan motosikal, terima kasih kepada pasukan dan krew saya, tidak sabar untuk ujian IRTA nanti,” katanya, lapor Berita Harian.

Penunggang 22 tahun itu dijadual menyertai sesi ujian rasmi di litar sama pada 8 Mac ini dan di Qatar (17 Mac) sebelum bermulanya musim baharu 2017 di Litar Losail, seminggu selepas itu.

Untuk musim Moto2 kali ini, Hafizh akan ditemani Khairul Idham Pawi selepas penunggang muda itu mencipta kejutan menjuarai GP Argentina dan Jerman dalam kelas Moto3, tahun lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");