Isu Panas

Hanya Mahathir yang betul-betul dah berubah!

SHAH ALAM – Ramai bekas ahli Umno masih membawa budaya dan adat parti lama masing-masing ke dalam Bersatu.

Pengerusi Hisbah Centre for Reform (Hisbah), Datuk Mohd Ezam Mohd Noor mendakwa, sikap itu dapat dilihat dalam kebanyakan ahli Bersatu kini.

Menurutnya lagi, setakat ini, hanya Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah berubah sepenuhnya dan meninggalkan perangai lama dalam Umno.

“Ramai di kalangan pemimpin Bersatu yang ada sekarang terdiri daripada Umno dan mereka masih terikut-ikut dengan cara dan budaya yang dibawa oleh Umno.

“Hanya Mahathir sahaja yang benar-benar transform (berubah) dari segi cara berfikir dan sebagainya,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Beliau turut menjadikan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai contoh kepada transformasi yang dibawa oleh pembangkang.

“Kita ambil contoh Anwar, beliau daripada Umno dan selepas menyertai pembangkang, beliau berubah sepenuhnya kepada pembangkang.

“Namun saya tengok dalam Bersatu tidak begitu, mereka masih terperangkap dalam kepompong Umno,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");