Isu Panas

Haramkan Perkahwinan Bawah Umur

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching mencadangkan agar kerajaan mengharamkan perkahwinan kanak-kanak dalam undang-undang baru yang mahu diperkenal untuk menangani masalah penderaan seksual kanak-kanak.

Sambil membangkitkan statistik yang menyebut hampir 15,000 kanak-kanak bawah 15 tahun berkahwin di negara ini, pada tahun 2010, beliau menganggap cadangan itu adalah antara solusi.

“Malaysia menerima pakai resolusi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menamatkan perkahwinan kanak-kanak dalam Majlis Hak Asasi Manusia pada Oktober 2013.

“Ini masanya untuk kerajaan kita hormati ikrar itu dan saya berharap kerajaan akan berbuat demikian apabila rang undang-undang itu dibentang,” katanya dalam kenyataan.

Najib semalam berkata undang-undang baharu dan khusus bagi menangani kesalahan jenayah seksual kanak-kanak secara menyeluruh akan dibentangkan pada sesi parlimen kali ini.

Beliau berharap Rang Undang-undang (RUU) Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 mendapat sokongan semua anggota parlimen kerana ia adalah tanggungjawab semua pihak tanpa mengira fahaman politik untuk menangani jenayah itu.

Perkahwinan kanak-kanak bawah 16 tahun dibenarkan bawah peruntukan khas Mahkamah Syariah, walaupun hubungan seks bawah umur adalah jenayah bawah Kanun Keseksaan.

Pada 2010, PBB melaporkan lebih 82,000 wanita yang berkahwin di Malaysia berumur antara 15 hingga 19 tahun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");