Panasnya Hari Ini

Hari Kedua Seminar Jenayah Seksual Kanak-Kanak, Bincang Isu Lebih Hangat

Masuk hari ketiga Seminar Jenayah Seksual Kanak-Kanak: Hentikan!!! menyaksikan perbincangan yang lebih serius dengan topik-topik hangat.

Sesi keempat, topik Prosedur dan Perundangan berkaitan jenayah seksual kanak-kanak telah dipilih dimana tiga panel iaitu DSP Seroja Egamparam yang membentang topik prosedur dari perspektif PDRM, panel kedua, Datin Dr. Sheila Marimuthu yang memtangkan topik prosedur dari perspektif Perubatan manakala Arfan Sulaiman pula membincangkan topik prosedur dari perspektif perlindungan dan sokongan.

Bagi perspektif PDRM, DSP Seroja menyatakan bahawa siasatan akan dilakukan dengan mengambil kesemua bahan-bahan bukti serta keterangan akan diambil dan dimasukkan ke dalam kertas siasatan.

“Kita akan membuat siasatan secara menyeluruh. Secara amnya bagi kes-kes yang melibatkan kanak-kanak biasanya kita akan ambil keterangan dengan menggunakan anggota-anggota yang dilatih khas bagi tujuan ini. Malah keterangan mereka akan diambil video.

“Bagi mangsa, kami akan menjalankan, sekiranya mangsa terlalu kecil atau masih tidak boleh bercakap, kami mempunyai pusat temuduga kanak-kanak. Ia memang terdapat di semua kontijen.

“Pegawai-pegawai telah disitu telah dilatih untuk mengambil keterangan terhadap anak-anak ini,” katanya.

Bagi panel kedua, Dr Sheila pula menyatakan bahawa setiap agensi kerajaan mempunyai prosedur-prosedur tersendiri dalam mengendalikan kes-kes melibatkan kanak-kanak.

“Bagi kes-kes yang datang selepas beberapa bulan mereka didera secara seksual. Biasanya kes ini lebih kronik dan prosesnya juga akan sedikit berlainan.

“Adalah amat penting untuk kita mendapatkan bukti-bukti bagi kes-kes penderaan seksual kerana bimbang ia akan hilang jika dibiarkan dalam satu tempoh. Bagaimanapun ia tidak bermakna pihak hospital tidak akan melayan mangsa yang didera dalam satu tempoh.

“Ibu bapa dan pihak polis memainkan peranan penting kepada kita untuk menjalankan pemeriksaan terhadap mangsa kerana ia membolehkan kita mengumpulkan bukti-bukti,” katanya ketika membincangkan topik berkenaan.

Bagaimanapun, bagi panel ketiga, Arfan pula menyatakan ibu bapa atau penjaga perlu memberi kebenaran kepada pihak polis dan hospital untuk melakukan pemeriksaan dan siasatan ke atas mangsa.

“Ada juga kes dimana ibu bapa atau penjaga yang mengetahui tentang penderaan seksual terhadap mangsa namun enggan membuat laporan. Mereka lebih rela merahsiakan jenayah terbabit kerana bimbang menanggung malu.

“Perkara itu sebenarnya memberi impak yang buruk kepada mangsa sama ada trauma ataupun berkelakuan ke arah jenayah tersebut.

Justeru beliau menggesa orang ramai supaya tidak menyembunyikan mangsa bagi membolehkan pihak berkuasa membuat siasatan dan sekaligus tangkapan terhadap pelaku.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");