Sukan Hari Ini

Harry Kane Dalam Pelan B Man United Read

JOSE MOURINHO dikatakan dalam perancangan untuk membida Harry Kane dengan nilai £80 juta sekiranya Antoine Griezmann enggan ke Manchester United pada akhir musim ini.

Bagaimanapun, setakat ini Griezmann masih menjadi pilihan utama untuk mengisi posisi penyerang jangka panjang di United.

Tetapi sekiranya proses pemindahan itu gagal, Mourinho telah mengatur pelab B dengan mendapatkan Kane.

Dalam rundingan untuk mendapatkan penyerang Perancis itu, United dilapor turut berharap Paul Pogba dapat memainkan peranan sebagai rakan skuad negara tersebut.

Berita pemindahan Griezmann mula diragui selepas pemain itu mengakui gembira di Atletico Madrid walaupun keluarganya seakan gembira jika dia ke Old Trafford.

Pada awal musim lalu, United dikatakan pernah berusaha untuk mendapatkan Kane tetapi rundingan itu gagal mencapai kata sepakat memetik sumber Mstar Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");