Membawang Hari Ini

Hisyam kagum Nora bijak urus masa

KUALA LUMPUR: Pertama kali berlakon bersama Nora Danish, aktor kelahiran Singapura, Hisyam Hamid, 31, mengakui dia kagum dengan cara aktres jelita itu menguruskan masa.

Menyifatkan Nora berdisiplin, Hisyam mengaku tidak sukar mencari keserasian ketika mereka menjayakan projek telefilem, Kuntom.

“Saya baru selesai menjalani penggambaran Kuntom bersama Nora. Pernah bertemu Nora di acara hiburan, ini adalah kali pertama saya berlakon dengannya.

“Proses penggambaran berjalan lancar. Saya lihat Nora sangat profesional ketika bekerja. Dia menjaga disiplin dengan menepati masa yang diberi produksi… ini memudahkan kerja kami.

“Saya dan Nora juga tidak kekok biarpun pertama kali digandingkan. Malah, pelakon pembantu lain menjalankan tugas dengan baik,” katanya memetik laporan BH Online.

Telefilem Kuntom yang diarahkan Osman Ali, baru selesai menjalani penggambaran di sekitar ibu negara dan Perak.

Hisyam juga teruja bertemu peminat sepanjang penggambaran telefilem berkenaan terutama di luar bandar.

“Ramai ajak bergambar tetapi mereka faham dengan kerja kami,” katanya.

Hisyam berkata, babak sebuah kereta merempuh kedai di Jalan Masjid India, di sini memberi kesan kerana dirakamkan dengan baik biarpun kawasan beli-belah itu sibuk.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");