Perak Hari Ini

Husni Tinggalkan UMNO, Itu Hanya Spekulasi- DS Zambry

IPOH:Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan dakwaan bahawa Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah akan meninggalkan UMNO hanya sekadar spekulasi sahaja.

Katanya, beliau mengenali bekas Menteri Kewangan Kedua itu dan yakin Husni tidak akan bertindak sedemikian.

“Ia adalah sekadar spekulasi oleh sesetengah pihak iaitu golongan yang cuba ‘menangguk di air keruh’ atau golongan yang suka mengambil kesempatan dengan melihat kedudukan beliau terutama pihak pembangkang.

“Saya mengenalinya, saya menganggap ia sekadar hanya satu spekulasi dan saya yakin dia tidak akan melakukannya,”katanya dalam satu sidang media sejurus mempengerusikan perjumpaan bersama UMNO Bahagian Tambun di Bangunan UMNO negeri hari ini.

Malah, beliau turut menyatakan keyakinan bahawa kerusi Parlimen Tambun akan terus kekal kepada Barisan Nasional (BN) hasil kesepaduan yang ditunjukkan oleh parti dan ahlinya.

“Saya yakin kerusi ini akan dipertahankan oleh Barisan Nasional hasil kesatuan yang ditunjukkan oleh ahli UMNO di bahagian Tambun,”katanya.

Zambry turut berkata setakat ini tiada masalah besar dan krisis yang melibatkan UMNO bahagian Tambun termasuk juga hubungan dengan ahli Parlimen yang berjalan seperti biasa.

Terdahulu pertemuan dengan UMNO Bahagian Tambun jelasnya antara sebahagian dari siri pertemuan dengan kesemua jentera parti di negeri ini untuk meninjau persiapan di setiap kawasan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 kelak.

“Kita membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan persiapan dan kedudukan UMNO di bahagian Tambun khususnya melibatkan UMNO negeri dengan ahli jawatankuasa Tambun dan Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan setiap ketua Jaringan Rakyat (JR) parti.

Setakat ini,Datuk Aminuddin Md Hanafiah telah diputuskan mengalas tugas selaku Pemangku Ketua Umno Bahagian Tambun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");