Panasnya Hari Ini

Ibu Bapa, Guru Perlu Gembleng Usaha Tangani Jenayah Seksual Kanak-Kanak

Ibu bapa perlu lebih terbuka dan menerima kritikan guru-guru terutama apabila ia melibatkan sikap anak-anak sama ada dari segi pendidikan ataupun tingkah laku.

Wakil Kumpulan Pendidik (PIBG, Guru & Pensyarah), Datuk Prof. Dr. Noriah Mohd Ishak, berkata ibu bapa tidak perlu malu atau risau akan perlaksanaan pendidikan seks di sekolah-sekolah kerana kerajaan sudah tentu mempunyai modul-modul tertentu sebelum melaksanakannya.

“Terdapat pertikaian antara pihak guru dan ibu bapa berkaitan pendidikan seks di sekolah-sekolah. Guru-guru menyatakan ibu bapa tak faham tentang pendidikan seks manakala ibu bapa pula menganggap pendidikan seks hanya akan menyebabkan jenayah seksual semakin meningkat.

“Jadi bagaimana kita nak tangani isu ini?.

Dr. Noriah menambah, ibu bapa perlu lebih terbuka tentang pendidikan seks tersebut dan tidak menganggap ia sebagai satu usaha yang buruk.

“Ibu bapa tidak mahu menerima perlaksanaan pendidikan seks itu, mereka ini lebih fokus kepada peningkatan atau punca-punca berlakunya jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

“Ada juga ibu bapa menyatakan bahawa pihak sekolah mengambil tindakan tidak telus berikutan ibu atau bapa pelaku jenayah seksual itu adalah seseorang yang berpangkat tinggi.

Selain itu katanya, guru-guru kaunseling di sekolah rendah terutamanya dianggap kurang layak untuk menangani mangsa-mangsa kes jenayah seksual melibatkan pelajar-pelajar.

Justeru beliau menambah, terdapat pelbagai kekurangan antara guru dan ibu bapa yang menyebabkan jenayah ini agak sukar untuk ditangani di peringkat akar umbi.

Jelanya lagi, sama ada ibu bapa atau guru, perbincangan yang sihat berkaitan jenayah seksual perlu dilakukan bagi memastikan jumlah kes-kes begini dikurangkan.

“Ibu bapa perlu sedar, pendidikan seks tidak akan diajar secara terus sebaliknya ia akan dimasukkan ke dalam subjek-subjek yang sesuai.

“Ibu bapa tidak perlu malu dan risau, terdapat beberapa subjek yang boleh dimasukkan elemen pendidikan seks contohnya, pendidikan Islam, pendidikan moral dan biologi.

“Dan guru pula harus mengelakkan birokrasi dalam mengendalikan kes-kes jenayah seperti ini,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");