Jenayah

Imigresen tahan 80 warga asing di Klang

SHAH ALAM – Jabatan Imigresen Selangor menahan 80 warga asing termasuk 15 wanita dalam satu operasi di Bandar Bestari, Klang, Selasa lepas.

Jabatan Imigresen Selangor dalam satu kenyataan hari ini berkata, kesemua warga asing berumur antara 18 hingga 54 tahun itu ditahan atas kesalahan tiada dokumen perjalanan yang sah selain tinggal lebih masa.

Beliau berkata mereka yang ditahan terdiri daripada warga Indonesia, Myanmar dan Bangladesh.

Menurut jabatan itu, kesemua warga asing terbabit ditahan di kawasan penempatan rumah kongsi dalam operasi pada kira-kira 1.30 pagi hingga 4 pagi.

“Mereka ini tinggal dalam lapan buah kontena dan penempatan mereka agak terlindung daripada pandangan orang awam.

“Ketika operasi dijalankan mereka cuba meloloskan diri ke kawasan belukar berhampiran, selain turut menyorok bawah katil dan longkang di kawasan penempatan tersebut bagi mengelak daripada ditahan,” katanya.

Tambahnya, tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang operasi itu.

Kesemua warga asing terbabit di bawa ke Jabatan Imigresen Selangor untuk tindakan lanjut.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");